Alat bantu mengajar menggunakan teknologi komputer. Komputer
di gunakan untuk kelas ICT. Penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan
pembelajaran adalah satu teknik yang berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar
dalam akademik. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas teknik pengajaran
menggunakan komputer dapat menarik minat mereka. , guru menyediakan bahan-bahan
pembelajaran dalam bentuk visual menggunakan televisyen dan komputer bagi
pelajar yang mengalami masalah pendengaran teruk. Cara ini akan membolehkan
mereka mempelajari sesuatu perkara dalam bentuk visual.
Ini adalah alat untuk individu yang bermasalah dalam
penglihatan. Alat ini dapat membantu mereka melihat perkataan-perkataan yang
terpapar dengan jelas dan tepat.
Ini adalah permainan LEGO. Alat ini dapat menarik minat anak-anak keperluan khas dalam mencipta
sesuatu mengikut kreativiti mereka. Mereka dapat menghasilkan pelbagai reka
bentuk berdasarkan blok-blok lego yang ada.
Alat bantu mengajar ini di kenali sebagai mesin Braille. Mesi
braille ini di gunakan oleh mereka yang mempunyai masalah penglihatan (buta). Alat
ini di gunakan mereka untuk menaip sesuatu dan sanagt di perlukan oleh mereka
yang berada dalam kategori buta.
Braille ialah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan
oleh orang buta. Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis
Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil. Ketika berusia 15 tahun,
Braille mengubah suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera untuk membaca
ketika gelap. Sistem ini dinamakan sistem Braille. Namun ketika itu Braille
tidak mempunyai huruf W. Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik
timbul yang dinomborkan. Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan
kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda
soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya
perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku Braille yang lebih
nipis dicetak.
Alat bantu pendengaran adalah alat teknologi aplikasi bunyi
seperti alat bantu pendengaran binaural, unit sistem FM dan alat acoustically
tuned ear untuk mengesan bunyi dan menguatkan bunyi. Alat bantu pendengaran ini
dapat membantu pelajar bermasalah pendengaran dalam proses pembelajaran dan
pengajaran mereka di sekolah. Teknologi alat bantu dengar yang lebih baik ialah
alat bantu dengar transposisi frekuensi dan koklea implan membolehkan majoriti
diri kanak-kanak bermasalah pendengaran mencapai potensi pendengaran yang
mencukupi untuk belajar mendengar dan seterusnya mempelajari bahasa pertuturan.
Bagaimanapun, peralatan ini mungkin agak sukar disediakan memandangkan kos
peralatan tersebut yang terlalu mahal.
Alat bantu mengajar tentang Masalah Percakapan. Bahasa
isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh orang-orang yang mempunyai masalah
pendengaran untuk berkomunikasi sesama mereka dan orang ramai. Tidak semestinya
digunakan oleh orang-orang pekak sahaja. Oleh itu, marilah kita sama-sama
belajar
Qalamiy ialah alat bantuan menulis hasil penyelidikan oleh
sepasukan penyelidik UKM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hanafi Mohd
Yasin. Produk Qalamiy ini telah dipetenkan, jadi tidak boleh tiru-tiru tau..!!
Anak-anak istimewa seperti Cerebral Palsy misalnya seringkali mempunyai isu
motor halus yang menyebabkan mereka tidak dapat menulis dengan baik.
Alat ini dicipta untuk membantu individu yang bermasalah
dalam penulisan. Alat ini di cipta untk menggenggam pensel dengan kuat dan
memperbaiki tulisan.










No comments:
Post a Comment